we are ,. who we are

we are ,. who we are

Monday, 13 January 2014

kau ? hei , DIALAH ....

hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...
tetiba ada satu tangan kat bahu aku.. 'wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!' aku menjerit mengeluarkan ton suara yang merdu ..
    'hei , releks la , aku ni bukan hantu' shima berkata-kata
    'fuhh , lemah jantung aku ni tau , kau pun , agak-agak la nak sergah aku . nasib baik ak ni takde lemah           jantung . kalau tak....innalillah dah sahabat baik kau nim,' aku menjawab dengan nada yang tegas ,

 betul apa aku cakap . tak pasal-pasal aku yang sihat walafiat ni boleh terkena lemah jantung sebab sergahannya tadi , masalahnya bukan sekali dia buat macam . dah berkali-kali . sampai kekadang tu sakit anak tekak aku ni , asyik membebel je nasihatkan minah tu.,dia bukannya faham bahase pun.
nasiblah aku mempunyai sahabat seperti dia , tetapi aku bersyukur sesangat kerana dia lah sahabat baik aku merangkap teman serumah yang banyak berkongsi suka duka dengan aku . Bukan senang nak dapat sahabat dunia akhirat macam dia ni , Alhamdullilah .

  'alaaaa. janganlah cakap macam tu . Sedih la aku kalau kau tak ada nanti . Kalau tak ada kau , siapalah         yang baik hati nak tolong masakkan aku asam pedas, paprik dan tom yam nanti ' shima menjawab dengan     nada bergurau , tetapi raut wajahnya kelihatan sedih .

 ' wehhh.. kau janganlah buat muka sedih macam tu . Buruk la nampak , nanti bukan aku je tak ada , mamat bangla yang kat belakang rumah kita pun packing balik negara asal mereka,,ahahaha . tak sanggup nak tengok muka minah yang dah macam tempeyek basi ni' kataku dengan nada bergurau. Aku terus bangun daripada sofa empuk dan berlalu ke dapur.

'ahahahah , senget la kau ni.. Mana kau tau mamat bangla lari tengok muka aku . Banyaklah kau punya kelentong , muka aku yang cun ni boleh pulak kau kata tempeyek basi'
shima bersuara sambil membangga diri . Tangannya sibuk menggerakkan tetikus laptop ku yang terpasang kerana sewaktu dia menyergahku tadi, aku sedang menonton cerita hantu versi thailand yang seram giler, patutlah aku geram sangat dengan perbuatannya tadi ,

'erhh , apasal ade album yang tersimpan dalam disk D ni ? aku buka ya .'
suara shima kedengaran kuat di telingan ku ketika ak sedang menyisip air.. sekejap , aku berfikir , foder ? mmm... ehhh . tunggu , folder tu...

'SHIMAAAA ... jap-jap ,'aku bersuara lantang sambil melihat shima yang sedang tekun memerhati skrin laptop ku . haisshhh , Terkantoilah macam ni,,

" ni siapa ?" akhirnya shima bersuara ..  "kenapa banyak sangat gambar dia? wehhh , kau sewel er? 115 keping semuanya , mana kau cekup ni? kau biar betul dewi .? mamat mana pulak ni?" soalan bertubi-tubi keluar dari bibir yang kelihatan pucat tanpa olesan gincu . Matanya penuh dengan tanda tanya .

akhirnya aku menceritakan semuanya tentang mamat tu , mamat tu sebenarnya admire aku je, namanya Izham , namanya pun aku mendapat tahu secara tidak sengaja ketika kawannya menyebut sewaktu
 berada dalam library kampus . aku terserempak dengan Dia kali kedua di situ , aku pun belum kenal dia . Pelik kan ? tapi, memang betul la , nama penuh dia aku langsung tak tahu , yang pastinya dia pun belajar di Universiti yang sama dengan aku . Gambar dia tu pun aku tertangkap secara tidak sengaja gak sebab aku ni kan ade hobi nak jadi photographer la katakan jadi sewaktu aku cuba tangkap gambar setiap kali tu jugak dia ada. memang pelik , bukan sekali tapi bebanyak kali , lepas aku check foto tu semua baru ak perasan , memang banyak giler gambar dia . hahahah . Jadi sayanglah aku nak delete, dah la semua gambar tu menarik.

KRINGGGG.....kringgg...,
aku terpisat-pisat sambil mengosok mata yang mengantuk . Aku bangun sambil mencapai jam loceng yang kusimpan betul-betul sebelah bantal kepala. Mataku terpaku melihat jarum jam yang hampir menginjak pukul 8.15 pagi .
"alamak , lagi 15 minit kelas nak mula "aku menjerit., aduhai, apa malang sungguh nasib aku . Dah la bangun lewat, mentang-mentanglah bendera merah . Tapi , hari ni kan hari selasa?  memang mampuslah aku dikerjakan oleh Puan Kamariah yang merupakan profesor aku yang paling tegas setakat ni . kalau takat siapkan kerja tu tak jadi masalah , masalahnya aku takut dia suruh aku keluar dari kelasnya , Alamak , memang rugi besarlah aku . Dahlah aku ni tahun last pastu buat hal pulak.

aku tergesa-gesa mandi dan berpakaian ala kadar tetapi masih lagi kelihatan kemas .
"okeylah ni" aku memerhati diriku yang memakai tudung ungu gelap, baju putih yang bertulisan STYLE yang labuh hingga ke bawah punggung dan seluar jean longgar dipadankan.

8.25 pagi . Kakiku berjalan laju melangkah mencari kelas yang biasanya digunakan , aku merupakan pelajar dari jurusan enggineering dan merupakan tahun akhir di sini . Manakala Shima mengambil jurusan akauntan di universiti yang sama dan tahun sama dengan aku. Walaupun kami berdua berbeza jurusan tetapi aku dan Shima tetap rapat kerana dia merupakan rakan di sekolah menengah yang sama dengan aku iaitu di Maktab Rendah Sains Mara di Kuatan.  Kami berkawan sudah melebihi 10 tahun. Persahabatan yang baik memang akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaALLAH.

Aku memerhati jam di pergelangan tangan. 8.28 pagi . Dua minit lagi cepatlahh .

"Ouchhhh , " aku terkejut dengan hentakan di bahu kanan ku , sakitnya . mataku terarah kepada buku yang bertaburan di lantai . Aku menunduk sambil mengutip buku yang bertimbun itu tergesa-gesa. Apalah nasib, dahla lambat , excident pulak dah.

"sorry , mungkin salah saya kot . Saya pergi dulu, dah lambat ni" kakiku melangkah laju meninggalkan seseorang tanpa melihat wajahnya . Memang salah aku pun sebab berjalan tak tengok kiri kanan, macam novel pulak , main langgar-langgar macam tu .

aku melangkah ke arah pintu bilik , Masuk sahaja dalam bilik aku terus merebahkan diriku di katil bujang . Memikirkan masalah yang datang pagi tadi .. mujurlah Puan Kamariah lembut hati sedikit hari ni membenarkan aku masuk ke dalam kelasnya tetapi walaupun lembut hatinya masih ada hati menyediakan tugasan buatku dan tugasan tu pulak harus dihantar pada keesokan paginya . Nak tak nak aku perlu buat jugak bagi mencapai target cemerlang untuk tahun akhir ni.

"Letihnya,, hahhhhhhhhhh" aku mengeluh ,. badanku kuangkat dari pembaringan lalu menuju ke meja belajar yang memang aku khaskan untuk aku mengulangkaji di situ . Buku-buku subjek tersebut aku belek sehinggalah aku berhenti di mukasurat yang kelihatan pelik , mataku terpandang kad pelajar seseorang .

"aikkk , kad pelajar siapa pulak ni? setahu aku , ni buku aku , bukan buku pinjam. Muhammad Farith . siapa dia ni? apa kena mengena buku aku dengan dia.. Jangan-jangan, aku teringat peristiwa pagi tadi. Aku ada terlanggar seseorang. Dia ke? mungkin. sebab buku ni pun jatuh sewaktu aku Terlanggar dia tadi , macam mana ni. Apa aku nak buat, aku tak tahu dia siapa, tadi pun baru kali pertama terserempak.

"dewiiii..." suara Shima memecahkan lamunanku.

"erhhh , shima. hahh ! kau pulak , apesal ni?" aku tersentak

"dewi , kau termenung ni kenapa pulak., dah dua kali aku panggil kau ." muke Shima terpancul di muka pintu bilikku.

" tak ada apala. kau kenapa panggil aku ? " soal aku pulak kehairanan.

"takda la , ni petang nanti temankan aku pergi tengok perlawanan bola antara universiti tu , okey ? " shima bersuara lembut mengajak ku . ya ,Shima ni merupakan peminat bola sepak .Dari dulu sampailah sekarang bola dia tu memang tak boleh tinggal. Aku yang menjadi mangsa menemaninya setiap kali dia ingin menonton bola . Aku bukannya tak suka, tapi tak berminat untuk bersesak-sesak dengan orang ramai . Malaslah.

aku memerhati raut wajahnya yang memandangku meminta simpati.
"pleasee, please, nanti aku belanja kau chicken chop ? " rayunya lagi.

"mmmmmm... okeylah , dapat jugak aku merasa chicken chop malam ni," aku tersenyum . Betulah , aku baru teringat , gara-gara menemani Shima malam tadi sehingga pukul 3.00 pagi menonton bola di televisyen , aku terbabas tidur sehingga lewat ke kelas.